1

Pilih Lokasi (Peta) & Tarikh

2

Pilih Team Bertugas

3

Pilih Pakej

4

Buat Tempahan

MAIN HQ

Pilih negeri, daerah & tarikh majlis dahulu untuk cari.

jurugambar tersedia

Anggaran jarak memandu. Caj sebenar dikira semasa tempahan.

Memuatkan profil…
Tempah Jurugambar

Tempahan untuk

Isi butiran di bawah — kami hubungi anda melalui WhatsApp.

Soalan Lazim

Ada Soalan?

Pembayaran

Untuk mengunci tarikh, deposit dibayar dahulu: • Pakej Photo: RM250 (1 hari), RM250 (2 hari), RM350 (3 hari) • Pakej Video sahaja: RM250 (1 hari), RM250 (2 hari), RM350 (3 hari) • Pakej Photo & Video: RM500 (1 hari), RM500 (2 hari), RM700 (3 hari) Baki 70% perlu dijelaskan 7 hari sebelum majlis, dan baki 30% dijelaskan selepas majlis. Untuk majlis kurang 7 hari dari tarikh tempahan, bayaran 70% dijelaskan semasa tempahan. Deposit TIDAK dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan.

Kami menerima pembayaran melalui FPX (perbankan online), DuitNow, pemindahan bank, dan e-wallet. Anda boleh menyemak status tempahan dan baki bayaran pada bila-bila masa melalui pautan tempahan peribadi anda.

Penukaran/Pembatalan

Boleh. Sila maklumkan secara bertulis (surat atau WhatsApp), sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh asal. • Penukaran tarikh kali pertama tidak dikenakan caj. Kali kedua dan seterusnya: penalti RM50. • Maklum kurang dari 1 bulan sebelum majlis: penalti RM50. • Tukar ke HOT DATE (jika vendor tersedia): penalti RM50. Penalti boleh bertindih (cth: maklum lewat + HOT DATE = RM100) dan ditambah ke invois. Semua bayaran dibawa ke tarikh baharu, tiada deposit baharu. Jika belum ada tarikh baharu: anda diberi tempoh 6 bulan untuk menetapkan tarikh. Jurugambar yang dipilih akan dilepaskan dan diutamakan semula jika masih tersedia. Selepas 6 bulan tanpa tarikh, tempahan dikira batal; sambung semula dengan tarikh baharu dikenakan penalti RM100. Jika tarikh baharu penuh, deposit dipulangkan 30% dan bayaran lain dipulangkan penuh. Sila hubungi kami melalui WhatsApp untuk uruskan.

Deposit adalah bayaran pendahuluan untuk mengunci tarikh anda dan TIDAK dikembalikan sekiranya tempahan dibatalkan. Jika anda sudah membayar 70% / penuh, bayaran lain (selepas tolak deposit) dipulangkan ikut tempoh notis sebelum majlis: 1 bulan atau lebih — 100%; kurang 1 bulan — 50%; kurang 7 hari — tiada pulangan. Pembatalan perlu dimaklumkan secara bertulis. Jika anda ingin menukar tarikh (bukan membatalkan), kami boleh bantu tertakluk kepada syarat penukaran tarikh.

Perkhidmatan

Bergantung pada pakej. Pakej bermula 4 jam hingga liputan penuh sehari (9 Jam).

• Gambar: selewat-lewatnya 1 minggu selepas majlis (kecuali HOT DATE) • Video (bagi pakej berkaitan): maksimum 2 bulan • Photobook/Album (bagi yang menempah): selewat-lewatnya 90 hari selepas majlis Suntingan gambar meliputi pelarasan asas (brightness, warm, contrast) sahaja. Suntingan besar seperti mengurus badan, membuang objek dalam gambar, atau membetulkan kedutan veil tidak termasuk.

Ya. Selain pakej fotografi, kami sediakan pakej videografi dan gabungan foto + video: • Video: KIRANA (Nikah), CITRA (Sanding), INDERA (Nikah & Sanding) • Photo + Video: KERSANI (Nikah), QAIS (Sanding), BAYU (Nikah & Sanding), MEKAR (Nikah, Sanding & Bertandang) Senarai penuh pakej & harga boleh dilihat di halaman tempahan.

Caj Tambahan

Caj tambahan dikenakan bagi: • Transport: RM1/km dari pangkalan jurugambar ke lokasi majlis (sehala). PROMO: 40km pertama PERCUMA tertakluk kuota slot tarikh tersebut • Jarak lokasi Nikah & Sanding melebihi 20km — RM1/km • Masa liputan melebihi tempoh pakej — RM160/jam • Muat naik semula pautan gambar selepas Google Drive dipadam (~1 bulan selepas diberi) — RM50 • Lebih daripada satu pasangan pengantin dalam satu majlis • Upload file RAW (unedited): Foto RM75, Video RM150 Semua caj akan dimaklumkan terlebih dahulu dan boleh dijelaskan bersama baki bayaran.

Masih ada soalan?

Chat Admin

Kami guna cookies

Laman ini guna cookies untuk memastikan sistem berfungsi (log masuk, keselamatan) dan untuk kesan jurugambar yang mengesyorkan perkhidmatan kami kepada anda. Baca Dasar Privasi kami untuk maklumat lanjut.